Home Nasional Jawatankuasa khas ditubuh, cari alternatif kekurangan beras putih tempatan
Nasional

Jawatankuasa khas ditubuh, cari alternatif kekurangan beras putih tempatan

Jawatankuasa khas ditubuh, cari alternatif kekurangan beras putih tempatan

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 24 November– Jawatankuasa khas bakal ditubuhkan bagi mencari penyelesaian kekurangan beras putih tempatan di pasaran, ketika ini.

Ini termasuk usaha transformasi agensi dan badan berkaitan pengeluaran padi termasuk Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi mengatasi isu berkenaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementeriannya juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak lain bagi mencari jalan terbaik membendung masalah yang mencetuskan pertikaian banyak pihak.

\”Kita akan mencari jalan yang terbaik dan libat urus sedang dibuat dengan beberapa kementerian antaranya KPDN.

KPKM akan bersama kementerian berkaitan dalam mencari jalan terbaik untuk hadapi masalah beras. Beras ada, cuma kekurangan beras putih,\” kata Datuk Seri Mohamad kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Selangor 2024, di sini.

Tambahnya, antara inisiatif lain, KPKM merancang mempromosi daerah Sekinchan sebagai jelapang padi secara besar-besaran bagi meningkatkan pengeluaran padi pada masa depan.

Mengulas lebih lanjut, Mohamad Sabu memaklumkan isu kekurangan beras tempatan juga turut dipengaruhi faktor cuaca seperti musim hujan yang sedang melanda negara ketika ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....