Home Nasional Jawatankuasa HKHM pasukan terbaik jayakan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia
Nasional

Jawatankuasa HKHM pasukan terbaik jayakan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Jawatankuasa HKHM pasukan terbaik jayakan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 November-Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 disifatkan sebagai pasukan terbaik dalam menjayakan kedua-dua sambutan hari bersejarah itu dengan baik dan lancar.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata acara tersebut telah diurus dengan baik dengan menampilkan pelbagai kelainan bagi menarik kehadiran pengunjung.

\”Saya merasakan bahawa pasukan yang ada itu cukup-cukup baik, pasukan yang ada itu adalah anda semua… jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua.

\”Tanpa anda, tidak berjaya, tanpa anda tidak ada sambutan. Jadi, terima kasih kepada semua. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada setiap individu yang telah berusaha keras demi kelancaran dan kejayaan sambutan kali ini\”, katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Penutupan HKHM 2024 Putrajaya.

Jelas beliau, tugasan ini merupakan tanggungjawab paling berat dipikulnya. Katanya, walaupun ianya berjalan dengan lancar setiap aspek perlu dinilai dan diperbaiki untuk memastikan keunikan yang akan ditonjolkan tahun hadapan.

Lebih 800 tetamu yang terlibat dengan HKHM 2024 diraikan dalam majlis itu dengan penganugerahan plak dan sijil penghargaan kepada anggota jawatankuasa sambutan berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....