Home Nasional Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat
Nasional

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat

Foto RTM

KANGAR, 8 Disember – Seramai 300 sukarelawan terdiri pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniIMAP) dan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menjayakan Program Jaringan Kasih Bersama Komuniti.

Sebagai mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT), program kesukarelawanan sebegini membuka ruang untuk turut sama menyumbang kepakaran dipelajari kepada semua lapisan masyarakat.

Menurut Timbalan Presiden I, Majlis Belia Negeri Perlis Amar Abd Jalil, aktiviti bersama-sama komuniti bukan sahaja membekalkan pengalaman baharu kepada pelajar, malah memberi gambaran sebenar kehidupan lebih mencabar sebagai persediaan pada masa hadapan.

\”Program sebegini turut membuka perspektif kepada setiap pelajar untuk sentiasa berfikiran positif dalam menerapkan semangat kerjasama dan saling membantu.

\”Kemahiran seperti ini amat penting untuk setiap pelajar dalam menempuh cabaran masa kini dan sebagai persediaan untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah tinggi serta prihatin akan komuniti setempat,\” kata Amar.

Beliau bercakap dalam Program Jaringan Kasih Bersama Komuniti bersempena Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Perlis di PPR Seri Sena, di sini.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk Ziarah Kasih Pesakit Terlantar, Gotong Royong Mengecat dan Membersihkan Persekitaran PPR Sena, Kenduri Rakyat, Kuiz dan Ceramah Kesedaran Jenayah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....