Home Nasional Jangan cetus provokasi, penganjur perhimpunan aman perlu patuh peraturan ditetapkan
Nasional

Jangan cetus provokasi, penganjur perhimpunan aman perlu patuh peraturan ditetapkan

Jangan cetus provokasi, penganjur perhimpunan aman perlu patuh peraturan ditetapkan

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Siti Nor Salawati Saad

ALOR SETAR, 24 Julai – Polis menasihatkan mana-mana individu atau kumpulan yang merancang untuk menganjurkan perhimpunan, di sini, Jumaat ini supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Siti Nor Salawati Saad berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seandainya Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak dipatuhi.

Beliau berkata, tindakan tegas juga akan diambil kepada pihak yang sengaja menimbulkan sebarang provokasi.

\”Penganjur perlu memberi pemberitahuan seperti mana yang diperuntukkan dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu berkait kehendak berhubung dengan pemberitahuan perhimpunan.

\”Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah penganjur hendaklah memaklumkan kepada pihak polis dengan mengemukakan borang dalam Jadual Keempat Seksyen 10 yang turut menggariskan persetujuan pemunya dan penghuni tempat perhimpunan serta mematuhi garis panduan serta syarat yang ditetapkan,\” katanya menerusi kenyataan.

Beliau mengulas dakwaan satu perhimpunan aman yang akan disertai kira-kira 100 gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dijangka akan diadakan di daerah Kota Setar, Jumaat ini.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...