Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Jalinan kerjasama dengan pemain industri, wujudkan graduan berdaya saing
Nasional

Jalinan kerjasama dengan pemain industri, wujudkan graduan berdaya saing

Jalinan kerjasama dengan pemain industri, wujudkan graduan berdaya saing

Dr. Mohd Zahari Ismail

KUALA TERENGGANU, 21 Julai- Pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diperkasa melalui lebih banyak jalinan kerjasama dengan pemain industri bidang itu.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, menerusinya, dapat mewujudkan graduan yang lebih berdaya saing bagi memenuhi permintaan negara dalam bidang itu.

\”Ini adalah hasrat besar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melihat Politeknik, Kolej Komuniti dan juga Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang mengawal program TVET ini disatukan dalam satu kelompok bawah agenda Kementerian Pendidikan Tinggi.

\”…saya yakinkita akan dapat lihat usaha kerajaan ini akan menumpukan dalam penghasilan graduan holistik yang mempunyai pendapatan yang progresif atau gaji premium iaitu melebihi RM4,000. Itu hasrat kerajaan sebenarnya,\” katanya kepada pemberita di sini.

Setakat ini terdapat 19,000 pemain industri yang bekerjasama erat dengan Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh negara.

Ia merangkumi syarikat industri kecil, besar, tempatan dan antarabangsa.

Antara inisiatif yang dibuat adalah menempatkan graduan ke syarikat tersebut untuk latihan industri selama enam bulan.

Pada masa sama tenaga pakar luar juga dibawa masuk ke dalam negara untuk berkongsi kepakaran mereka selain menjalinkan kerjasama meliputi proses penggubalan kurikulum pembelajaran sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...