Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Jalan Semanggar Dalam, Kota Tinggi, ditutup akibat tanah runtuh
Nasional

Jalan Semanggar Dalam, Kota Tinggi, ditutup akibat tanah runtuh

Jalan Semanggar Dalam, Kota Tinggi, ditutup akibat tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh berlaku berhampiran Masjid Kampung Semanggar Dalam, melibatkan kawasan sepanjang 150 meter dan ketinggian enam meter, malam tadi

KOTA TINGGI, 31 Julai– Jalan Semanggar Dalam, Kota Tinggi, Johor, ditutup kepada semua jenis kenderaan, selepas berlaku tanah runtuh di laluan J224, pukul 11.00 malam tadi.

Menerusi kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi, tanah runtuh berlaku berhampiran Masjid Kampung Semanggar Dalam, melibatkan kawasan sepanjang 150 meter dan ketinggian enam meter.

Siasatan mendapati tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat di kawasan tersebut.

Pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif, iaitu Simpang Warung Bilal ke Kota Tinggi – Kluang, selain Simpang Loji SAJ ke Kulai – Kota Tinggi.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...