Saturday , 28 December 2024
Home Nasional JAKIM salur RM119 juta selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Nasional

JAKIM salur RM119 juta selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam

JAKIM salur RM119 juta selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 November- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan RM119 juta bagi peruntukan khas Selenggara dan Naik Taraf (SNT) kepada 1,553 Institusi Pendidikan Islam (IPI) berdaftar di seluruh negara setakat bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar dalam satu kenyataan memaklumkan peruntukan khas berjumlah RM120 juta itu diperuntuk secara \’one-off\’ oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.

Bantuan berkenaan melibatkan sekolah pondok, sekolah tahfiz, sekolah agama serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh Malaysia.

\”Jumlah tersebut adalah peruntukan secara one-off sebagai bantuan untuk disalurkan kepada IPI yang berdaftar dengan pihak berkepentingan di negeri seluruh Malaysia.

\”Peruntukan khas berkenaan tidak diberikan secara automatik kepada IPI, sebaliknya perlu dimohon oleh semua IPI yang berdaftar melalui pihak berkepentingan negeri sebelum dikemukakan kepada JAKIM bagi pertimbangan dan kelulusan,\” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu JAKIM juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa agama negeri bagi menjelaskan prosedur berkaitan penyaluran peruntukan khas berkenaan.

\”Kategori IPI yang layak memohon bantuan adalah Institusi Pondok Swasta, Institusi Tahfiz Swasta, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Swasta, Sekolah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Negeri dan Kelas KAFA di premis bukan kerajaan yang telah berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri,\” katanya.

Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan Bantuan Selenggara dan Naik Taraf Institusi Pendidikan Islam JAKIM yang berkuatkuasa, skop projek selenggara dan naik taraf yang layak dipertimbangkan bagi pembiayaan bantuan peruntukan khas tersebut meliputi enam kluster.

\”Enam kluster itu meliputi aspek keselamatan, selenggara dan naik taraf infrastuktur, pencegahan kebakaran, pendawaian elektrik, selenggara dan naik taraf bangunan serta sistem perpaipan,\” katanya.

Mohd Na\’im berkata proses pencerakinan maklumat permohonan, latar belakang IPI dan aspek keperluan sebenar antara elemen utama yang dipertimbangkan bagi memastikan kepatuhan terhadap aspek ketelusan tatakelola dalam penyaluran peruntukan.

\”Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM komited untuk memastikan agenda memartabatkan syiar Islam dalam negara sentiasa menjadi keutamaan melalui perhatian yang diberikan kepada Institusi Pendidikan Islam bawah kepemimpinan kerajaan MADANI,\” katanya.

Related Articles

Polis Argentina ditahan di Venezuela atas tuduhan keganasan
Nasional

Polis Argentina ditahan di Venezuela atas tuduhan keganasan

Foto AFPCARACAS, 28 Disember-Seorang anggota polis Argentina yang ditahan di Venezuela akan...

Lori kontena terbabas, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Nasional

Lori kontena terbabas, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur

Foto Polis Daerah MaranKUANTAN, 28 Disember – Laluan di Kilometer 74, Jalan...

LAMPU 2024 serlahkan Kepengerusian ASEAN Malaysia
Nasional

LAMPU 2024 serlahkan Kepengerusian ASEAN Malaysia

Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2024 edisi ke-8, yang diadakan di...

Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Nasional

Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025

Foto BERNAMASHAH ALAM, 27 Disember– Kerajaan Selangor akan memperuntukkan lebih RM3 juta...