Home Nasional JAKIM rekod lebih 3,000 aduan kekeluargaan
Nasional

JAKIM rekod lebih 3,000 aduan kekeluargaan

JAKIM rekod lebih 3,000 aduan kekeluargaan

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee/Foto RTM

SEREMBAN, 3 November-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merekodkan sebanyak 378, 815 kes aduan kekeluargaan sejak tahun 2021 sehingga 2023.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, data dalam Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) menunjukkan isu dan masalah akhlak atau sosial merupakan aduan tertinggi iaitu sebanyak 167,619 kes.

\”Pelbagai aduan kita terima melalui banyak saluran. Di Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) kita ada KSK Care, iaitu talian bantuan untuk pasangan atau umat Islam yang menghadapi masalah dalam membina keluarga atau isu rumah tangga.

\”Kita memberikan kaunseling secara dalam talian oleh kaunselor bertauliah,\” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pascaperkahwinan Islam Peringkat JAKIM 2024 \’Fasa Semarak Kasih\’ selama tiga hari bermula Jumaat yang dihadiri 19 pasangan di sini hari ini.

Kursus tersebut merupakan platform bagi membantu pasangan suami isteri menambah ilmu berkaitan rumah tangga dan kekeluargaan supaya lebih harmoni dan bahagia.

Dalam pada itu, JAKIM bersama pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan terus memperkasa kerjasama bagi menangani ajaran sesat di negara ini.

Selain itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti ajaran sesat juga digalakkan untuk segera tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....