Home Nasional JAKIM, JAWI akan laksana solat jenazah ghaib buat Haniyeh
Nasional

JAKIM, JAWI akan laksana solat jenazah ghaib buat Haniyeh

JAKIM, JAWI akan laksana solat jenazah ghaib buat Haniyeh

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan melaksanakan solat jenazah ghaib susulan kematian Pemimpin Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na\’im Mokhtar berkata arahan sama turut dikeluarkan ke atas masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Mohd Na\’im mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa dukacita terhadap kematian itu.

\”Sesungguhnya Almarhum adalah seorang pemimpin rakyat Palestin telah memberikan sumbangan bakti dan jasa kepada tindakan serta usaha mempertahankan tanah Palestin dan juga hak-hak rakyat Palestin yang ditindas selama ini.

\”Semoga segala baktinya dicatat sebagai amalan soleh di sisi Allah SWT,\” katanya menerusi kenyataan.

Media Iran hari ini mengesahkan bahawa Ketua Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh akibat serangan udara selepas menghadiri majlis perasmian presiden baharu Iran di Tehran, awal pagi tadi.

BERITA BERKAITAN:

  • Anwar kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh
  • Ismail Haniyeh dikenali dengan sikapnya yang tenang, lahir di kem pelarian

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....