Home Nasional Jadual perkhidmatan KTM komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit
Nasional

Jadual perkhidmatan KTM komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit

Jadual perkhidmatan KTM komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit

Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Jadual kekerapan perkhidmatan bas dan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang dikurangkan 30 minit pada waktu puncak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata masing-masing bermula 17 Januari dan 20 Januari ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang 2 (KVDT2).

Selain itu ia juga akan menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan tersebut.

\”Untuk arah Pelabuhan Klang ke KL Sentral, tren akan beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu puncak pagi dan waktu lain akan digantikan dengan bas pada kekerapan 30 minit.

\”Untuk arah KL Sentral ke Pelabuhan Klang, tren akan beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu puncak petang dan waktu lain akan digantikan dengan bas pada kekerapan 30 minit,\’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Perubahan Jadual Waktu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang di ibu negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....