Home Nasional Jadikan 'Podcast' sebagai medium kongsi ilmu dan intelektual
Nasional

Jadikan 'Podcast' sebagai medium kongsi ilmu dan intelektual

Jadikan 'Podcast' sebagai medium kongsi ilmu dan intelektual

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan/ Foto RTM

PUTRAJAYA, 12 Ogos-Audio siar (Podcast) sepatutnya dijadikan medium untuk berkongsi perkara ilmiah dan bukan berbual kosong semata-mata.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, ia juga boleh menjadi ruang intelektual berdiskusi dan bertukar pandangan.

\”Kita raikan kebebasan untuk berkarya memberikan pandangan.

\”Namun apa yang paling penting apakah objektif dan impak kepada perbincangan atau pun idea itu?

\”Marilah kita bersama-sama membicarakan tajuk-tajuk yang produktif yang konstruktif yang boleh membawa negara kepada kemajuan, kepada perpaduan, kepada kesatuan hati rakyat Malaysia kerana pada hari ini cabarannya begitu besar\”, katanya demikian selepas merasmikan Nadwah Mahasiswa Timur Tengah yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini.

Program berkenaan melibatkan mahasiswa dari Mesir, Jordan, Arab Saudi, Maghribi dan juga beberapa buah negara dari Timur Tengah selain bertujuan untuk mengeratkan jaringan kerjasama di antara kerajaan dan juga para mahasiswa dari aspek kebajikan dan juga akademik.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...