Home Nasional Iz Emir usia 12 tahun pelajar termuda daftar di UM
Nasional

Iz Emir usia 12 tahun pelajar termuda daftar di UM

Iz Emir usia 12 tahun pelajar termuda daftar di UM

Adik Iz Emir, 12 tahun, menjadi pelajar termuda yang mendaftar di Universiti Malaya (UM)

KUALA LUMPUR, 28 September – Sejarah tercipta di Universiti Malaya (UM) apabila Adik Iz Emir, 12 tahun, menjadi pelajar termuda yang mendaftar di universiti berprestij itu sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Menurut pengguna akaun Facebook Fatimah Kari yang berkongsi berita itu berkata, Iz Emir kini merupakan pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Matematik.

\”Pada usia 6 tahun, Iz Emir memasuki Tingkatan 1 di bawah program Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan O-Level pada usia 8 tahun, diikuti dengan A-Level pada usia 11 tahun. Sejarah telah tercipta,\” katanya.

Hantaran Facebook itu telah menerima 3,900 tanda suka dan dikongsi lebih 2,500 pengguna media sosial sejak dimuat naik pada pukul 6.27 petang tadi.

Rata-rata memberi kata-kata pujian dan mendoakan kejayaan adik Iz Emir.

\”Semoga rakan sekelasnya tidak mengambil kesempatan atas usianya. Memang sangat mengagumkan,\” kata Rai Rahim

\”Pintar sungguh akal dia, Masha Allah. Boleh kuasai Matematik pada usia yang sangat muda… Semoga Allah sentiasa lindungi kamu, dik. Malaikat jaga kamu.. tahniah, genius!,\” kata Aii Leen Melze.

\”Moga genius ini sentiasa dlm jagaan Allah,\” Cik Atiey Md Noor.

Program Permata Pintar ditubuhkan pada 2009 merupakan program khas pertama di Malaysia untuk pelajar mempunyai potensi intelek semula jadi yang tinggi.

Selain itu, program itu juga bertanggungjawab mengenal pasti pelajar pintar dan berbakat dari seluruh negara serta memberikan peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...