Home Nasional Isu zikir di tanah perkuburan, JAWI akan ambil tindakan
Nasional

Isu zikir di tanah perkuburan, JAWI akan ambil tindakan

Isu zikir di tanah perkuburan, JAWI akan ambil tindakan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Januari– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang berkenaan isu sekumpulan individu yang berzikir secara mencurigakan di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Taman Ibukota, Setapak, baru-baru ini.

Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan melalui satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil keterangan pengadu dan menemu bual waris serta pelaku yang terlibat.

Katanya, pihak JAWI juga telah memanjangkan isu tersebut kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan daripada aspek hukum syarak.

Beliau turut menasihati masyarakat Islam supaya tidak melakukan amalan yang boleh mengundang kontroversi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan JAWI untuk menyiasat tindakan individu yang berhimpun dan melakukan zikir secara pelik serta kuat di tanah perkuburan terbabit.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....