Home Nasional Isu tajaan sukan: Cadangan tidak relevan punca penaja tarik diri
Nasional

Isu tajaan sukan: Cadangan tidak relevan punca penaja tarik diri

Isu tajaan sukan: Cadangan tidak relevan punca penaja tarik diri

Foto Ihsan SAM

KUALA LUMPUR, 25 Disember– Industri sukan negara dilihat gagal meyakinkan pihak yang berpotensi untuk menjadi penaja.

Pandangan itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, antara punca kegagalan mendapatkan penaja adalah cadangan diberikan penganjur turut membabitkan perkara-perkara yang tidak perlu.

\”Dia tidak mahu duit itu digunakan untuk bayar gaji ataupun guna untuk benda yang bukan-bukan untuk penganjuran pertandingan. Sama seperti kita (kerajaan) juga, apabila kita bagi geran padanan sukan RM30 juta hingga RM40 juta setahun.

Kita juga membuat penilaian senarai perbelanjaan yang mereka bawa dalam kertas itu. Ada yang tidak perlu, ada yang anjurkan pertandingan tetapi masukan nyanyian daripada pempengaruh RM10,000. Itu sebenarnya tidak perlu,\” kata Hannah.

Beliau memaklumkan perkara itu dalam siar pod SAMBANG di platform YouTube Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).

Dalam pada itu, Hannah menyifatkan pelepasan cukai sukan bernilai RM1,000 meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan menjadi pengubah keadaan industri sukan negara.

Malah, beliau gembira apabila pelepasan cukai itu diperluas kepada golongan ibu bapa pembayar cukai bermula tahun hadapan.

Ditanya berkenaan perancangan bagi 2025, Hannah berkata beliau mahu memberikan tumpuan kepada pembangunan belia dan Rakan Muda.

Beliau juga akan melancarkan sebuah taska di Kuala Lumpur Sport City bagi golongan atlet yang mempunyai anak.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....