Home Nasional Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat
Nasional

Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat

Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 November– Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) bertanyakan usaha memperkasakan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi badan yang berkesan memandangkan terlalu banyak masalah pengurusan perumahan terutama rumah pangsa kos rendah seperti kerosakan infrastruktur.

Beliau mengemukakan soalan itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi.

Pada sesi sama, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan memperkenalkan polisi keluar (exit policy) kepada penghuni kuarters untuk menggalakkan penghuni terutama yang menetap melebihi 10 tahun memiliki rumah sendiri sekali gusmemberi peluang kepada penjawat awam baharu ditawarkan kuarters dan meringankan beban sewa.

Turut menarik perhatian, soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) berhubung Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang merekodkan 12.3 peratus remaja berumur 15 hingga 17 tahun mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung membunuh diri.

Dr Wan Azizah meminta Menteri Pendidikan menyatakan tindakan dan langkah yang berkesan diambil mengatasi situasi itu pada sesi soal jawab lisan.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....