Home Nasional Isu penempatan pegawai JAKIM dalam kerajaan, tuduhan tidak berasas
Nasional

Isu penempatan pegawai JAKIM dalam kerajaan, tuduhan tidak berasas

Isu penempatan pegawai JAKIM dalam kerajaan, tuduhan tidak berasas

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 3 September- Isu yang dibangkitkan mengenai penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di kementerian dan jabatan kerajaan, satu tuduhan tidak berasas serta mencetuskan salah faham.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata demikian, menjawab dakwaan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST).

Beliau menjelaskan, tiada penempatan baharu membabitkan pegawai JAKIM di mana-mana jabatan atau kementerian setakat ini, sebaliknya hanya pegawai agensi sedia ada ditempatkan di beberapa kementerian sejak dahulu dengan fungsi tertentu.

\”Ini sebenarnya adalah dasar dari tahun 2006, 2007. Malah, ada dalam kalangan ahli jemaah menteri yang merupakan sebahagian daripada menteri pada waktu itu.

\”Maka untuk mengeluarkan tuduhan bahawa pegawai JAKIM ada terlibat dalam isu dasar dalam penempatan kementerian itu terlalu jauh daripada sasaran dan matlamat asal penempatan mereka adalah untuk membantu terutama soal integriti ataupun pengisian kerohanian dalam kementerian-kementerian tersebut, bukan untuk memberi pandangan berkaitan soal dasar,\” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Kementeriannya di sini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan yang dikeluarkan oleh kumpulan agama berkenaan yang mendakwa kononnya pegawai Jakim akan ditempatkan di setiap jabatan kerajaan bagi memastikan keputusan selari dengan prinsip Islam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....