Home Nasional Isu pemilikan strata fokus Belanjawan Selangor 2025
Nasional

Isu pemilikan strata fokus Belanjawan Selangor 2025

Isu pemilikan strata fokus Belanjawan Selangor 2025

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

HULU LANGAT, 2 November – Isu pemilikan strata akan menjadi tumpuan utama dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November ini, dengan penubuhan pasukan khas dan penyediaan insentif khusus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata terdapat 138,000 unit rumah strata di negeri ini menghadapi masalah pemilikan, yang menjejaskan nilai aset dan hartanah pemilik.

\”Kerajaan negeri menyedari isu berbangkit dengan hak milik strata yang agak banyak di Selangor, terutama pembinaan sebelum tahun 2009 atau 2010.

\”Isu ini melibatkan tanah, kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT), serta perundangan,\” katanya selepas merasmikan Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor peringkat Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Hulu Langat.

Beliau menambah bahawa penyelesaian memerlukan peruntukan yang signifikan, memandangkan beberapa kawasan kejiranan apartmen memerlukan dana mencecah jutaan ringgit.

\”Kita akan buat satu pasukan khas dan sediakan sedikit peruntukan dalam bajet untuk bantu selesaikan isu ini,\” jelasnya.

Langkah ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah pemilikan strata yang telah berlarutan sehingga 20 hingga 30 tahun, sekali gus meningkatkan nilai aset dan hartanah pemilik di Selangor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....