Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Isu Palestin: Malaysia sokong himpun kekuatan dunia Islam – PM
Nasional

Isu Palestin: Malaysia sokong himpun kekuatan dunia Islam – PM

Isu Palestin: Malaysia sokong himpun kekuatan dunia Islam – PM

Anwar Ibrahim (kanan) menerima kunjungan hormat Dr Haluk Gorgun (kiri) di petang tadi/FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Malaysia menyokong usaha menghimpunkan kekuatan pimpinan dunia Islam bagi menghentikan kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha menerusi sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) itu dibincang semasa beliau menerima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan Industri Pertahanan Turkiye, Profesor Dr Haluk Gorgun di Perdana Putra dekat sini petang tadi.

\”Malaysia menyokong usaha ini bagi menyelaras gerakan dan mengenakan tekanan lebih hebat terhadap Amerika Syarikat serta sekutunya, supaya mendesak rejim Zionis Israel segera menghentikan serangan dan pengeboman di Gaza,\” menurut Anwar di Facebook beliau hari ini.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri dan pemimpin Turkiye turut berbicara panjang mengenai kerjasama di bidang pertahanan selain pembabitan Malaysia menerusi Malaysia Airports Holdings Berhad dalam pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen di Istanbul.

\”Pastinya kami turut membincangkan situasi dan perkembangan semasa terkait penderitaan saudara kita di bumi Palestin selain usaha menghimpun kekuatan pimpinan dunia Islam menerusi sidang tergempar OIC, yang diusulkan Turkiye,\” katanya.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...