Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Isu korpus tempatan dan antarabangsa dibincang dalam iCRC2024
Nasional

Isu korpus tempatan dan antarabangsa dibincang dalam iCRC2024

Isu korpus tempatan dan antarabangsa dibincang dalam iCRC2024

Penyampai ucaptama, pembentang dan peserta Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Korpus 2024 di Scholar\’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah/Foto UPSI

TANJUNG MALIM, 24 Julai –Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Korpus 2024 (iCRC2024), yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), membincangkan pelbagai isu penyelidikan korpus dan bahasa secara lebih komprehensif sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI Prof. Dr Suriani Abu Bakar, persidangan itu juga terarah untuk berkongsi penemuan baharu, metodologi, aplikasi dan hala tuju baharu dalam penggunaan korpus untuk kajian bahasa lebih komprehensif dan tepat.

“Ia menjadi saluran UPSI mempromosikan kepentingan dan keperluan penggunaan korpus dalam pelbagai bidang serta mewujudkan jaringan antara penyelidik korpus di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan media.

iCRC2024 dianjurkan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UPSI berlangsung di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City disini.

Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad berkata, iCRC2024 menjadi platform utama untuk berkongsi pengetahuan terkini dalam bidang analisis korpus, linguitik terapan dan aplikasi teknologi bahasa.

Persidangan juga dapat meneroka inovasi terkini pemprosesan bahasa semula jadi dan strategi analisis data korpus yang canggih selain membangunkan wawasan baharu dan memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan bahasa.

“Persidangan ini menyaksikan sebanyak 61 kertas kerja dibentang oleh penyelidik dari universiti tempatan dan antarabangsa secara bersemuka dan dalam talian. Ia memberi tumpuan terhadap penyelidikan tentang keunikan Bahasa Etnik di Semenanjung Malaysia mahupun di Kepulauan Emas, Borneo serta antarabangsa,\” katanya.

Sesi ucaptama persidangan disampaikan oleh Dr Robbie Love dari Aston University, United Kingdom; Dr Andrew Hardie (Lancaster University, United Kingdom), Prof Dr Elena Semino (Lancaster University) serta Prof Madya Dr Mazura @Mastura Muhammad dari UPSI.

Persidangan itu julung kali dianjurkan UPSI.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...