Home Nasional Isu keselamatan perairan di Laut China Selatan jadi tumpuan di Parlimen
Nasional

Isu keselamatan perairan di Laut China Selatan jadi tumpuan di Parlimen

Isu keselamatan perairan di Laut China Selatan jadi tumpuan di Parlimen

DEWAN RAKYAT, PARLIMEN

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Isu keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan, kebolehpasaran siswazah dan Kertas Putih Kesihatan Mental Kebangsaan menjadi antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soal keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan susulan pencerobohan kapal frigat tentera China dan Pengawal Pantai China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Wilayah Maritim Sarawak dibangkitkan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) pada sesi jawab lisan.

Selain itu, isu mengenai program latihan kemahiran yang dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pekerja tempatan dalam sektor teknologi serta industri 4.0 turut diajukan oleh Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) kepada Menteri Sumber Manusia.

Sementara itu Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mencadangkan kepada Menteri Kesihatan agar Kertas Putih Kesihatan Mental Kebangsaan segera dibentangkan.

Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) pula meminta penjelasan daripada Menteri Ekonomi mengenai mekanisme dan strategi yang digunakan bagi memastikan program Jelajah MADANI Mendengar berfungsi sebagai platform terbaik dan efektif untuk kerajaan mengumpulkan input dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dalam soalannya kepada Menteri Komunikasi meminta penjelasan berhubung percanggahan dengan respons Asia Internet Coalition (AIC) yang menggesa kerajaan agar membatalkan rancangan pelesenan platform media sosial.

Sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025, yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas, akan diteruskan selepas sesi soal jawab.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 35 hari hingga 12 Dis depan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....