Home Nasional Isu keselamatan dalam talian libatkan kanak-kanak perlu perhatian serius
Nasional

Isu keselamatan dalam talian libatkan kanak-kanak perlu perhatian serius

Isu keselamatan dalam talian libatkan kanak-kanak perlu  perhatian serius

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Januari-Isu keselamatan dalam talian terutama melibatkan kanak-kanak perlu di beri perhatian serius oleh semua pihak bagi memastikan persekitaran digital lebih selamat

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, walaupun internet kini mudah diakses secara meluas namun terdapat keperluan mendesak untuk memastikan internet dapat dilayari dengan lebih selamat khususnya untuk kanak-kanak.

Tambah Fahmi kebimbangan pihaknya kini lebih terarah kepada beberapa kandungan tersedia yang mungkin menganggu perkembangan mental golongan tersebut.

\”Saya fikir ini bukan mengenai isu kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita, tetapi ini adalah mengenai keselamatan dalam talian.

\”Meskipun kita mempunyai akses kepada internet yang murah dan cepat kita juga mahu ruang intenet yang selamat terutama untuk kanak-kanak.

\”Beberapa bulan lalu, saya melawat ke sekolah rendah dan bertanya berapa ramai yang mempunyai akaun TikTok, lebih 400 pelajar di depan saya mengangkat tangan.

\”Jadi, kerisauan saya apabila kanak-kanak ini melihat terlalu banyak kandungan yang mempu memberi kesan kepada mental kanak-kanak\”, katanya demikian ketika ditemubual untuk program \’On The Table: Social Media Licensing In Malaysia: Key Insights and Impact\’ yang disiarkan di RTM.

Dalam pada itu, penyedia platform media sosial bakal berdepan dengan tindakan undang-undang atau kompaun sekiranya terus beroperasi tanpa lesen.

Fahmi menegaskan, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan keselamatan pengguna dapat dilindungi dari jenayah siber.

\”Pada masa yang sama terdapat juga pelanggaran sekiranya anda membenarkan jenayah tertentu berlaku dan orang menyalahgunakan platform anda, anda tidak akan menjadi sasaran.

\”Siasatan dan tindakan akan dikenakan terhadap pelaku\”, katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....