Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Isu kelewatan terima Black Hawk, kontraktor bakal berdepan tindakan
Nasional

Isu kelewatan terima Black Hawk, kontraktor bakal berdepan tindakan

Isu kelewatan terima Black Hawk, kontraktor bakal berdepan tindakan

Foto defencesecurityasia.com

KUALA LUMPUR, 16 Julai-Kerajaan memandang serius isu kelewatan penghantaran pesawat helikopter jenis UH-60A Black Hawk mengikut waktu yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menjelaskan, pesawat berkenaan dibekalkan oleh Syarikat Aerotree Defence & Services SDN BHD melalui perjanjian yang telah dimeterai kerajaan secara tender terbuka bagi kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Namun demikian syarikat berkenaan memaklumkan terdapat beberapa kekangan dalam penghantaran helikopter terbabit.

Antara masalah tersebut ialah konflik perangan yang berlarutan di Ukraine menyebabkan proses kelulusan oleh pihak kawal selia di Amerika syarikat diperketatkan.

Selain itu,garis masa dan jangkaan penghantaran pesawat yang disemak semula dan diperbaharui menjadikan masalah berkenaan bertambah rumit.

\”MINDEF amat memandang serius mengenai kelewatan kerana ia memberikan impak terhadap pengoperasian helikopter pasukan udara dan tentera darat sebagaimana yang digariskan oleh kontrak.

\”Kerajaan telah mengambil langkah mengenakan denda lewat sekiranya syarikat masih gagal membuat penghantaran mengikut tarikh yang ditetapkan.

\”Sekiranya masih lagi gagal membuat penghantaran, Kementerian boleh membatalkan perolehan dan menender semula sebagaimana yang disyaratkan oleh kontrak\”, katanya ketika menjawab pertanyaan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Jelas Adly, kontrak berkenaan melibatkan skop Perkhidmatan Sewaan empat buah Helikopter Black Hawk UH-60A dengan keupayaan misi penuh untuk mengendalikan helikopter pengangkutan taktikal utiliti yang diperlukan oleh PUTD untuk tempoh lima tahun.

Manakala Syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar dua buah helikopter pada 30 Oktober 2023 dan baki dua buah lagi pada 30 Disember 2023.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...