Home Nasional Isu cuti bersalin pegawai perubatan telah diselesaikan
Nasional

Isu cuti bersalin pegawai perubatan telah diselesaikan

Isu cuti bersalin pegawai perubatan telah diselesaikan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulekfly Ahmad

PUTRAJAYA, 6 Ogos– Isu berkaitan cuti bersalin yang dihadkan kepada 60 hari telah diselesaikan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulekfly Ahmad berkata pihaknya telah mengembalikan cuti itu kepada 90 hari seperti yang diperuntukkan kerajaan.

\”Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran sumber manusia ini. Namun, sebenarnya ingin saya tekankan perkara itu telah diselesaikan. Apa yang disebutkan awal tadi tak diberikan, telahpun diberikan lanjutan 90 hari.

\”Menjadi satu yang tular dan kita juga fahami dan kita juga sedar tentang cuti bersalin ini penting. Kita akan memastikan semua mendapat kelayakan untuk cuti bersalin. Kita baharu bercakap tentang keperluan untuk ibu memberikan psikologi pada anak-anak, belaian kasih dan sebagainya… 90 hari itu sangat penting\”, katanya pada sidang media Majlis Peluncuran Pengukuhan 1,000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-kanak Malaysia, di Putrajaya.

Mengulas lanjut, kementerian katanya akan melakukan mobilisasi melibatkan pegawai perubatan bagi menangani isu kekurangan sumber manusia ketika pegawai perubatan sedang menjalani cuti bersalin.

Tular sebelum ini berhubung tindakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat mengehadkan cuti bersalin kepada 60 hari untuk semua pegawai perubatan di Klinik Kesihatan awam sejak 27 Jun sebagai langkah mengatasi kekurangan doktor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....