Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Isu berkaitan internet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Isu berkaitan internet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Isu berkaitan internet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 November- Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan membincangkan mengenai langkah kerajaan dalam menangani isu berkaitan liputan Internet dan usaha mempromosikan sukan permotoran dalam kalangan belia.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web Parlimen Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) akan mengajukan soalan kepada Menteri Komunikasi mengenai lokasi yang memerlukan peningkatan sambungan Internet dan usaha kementerian memperbaikinya melalui teknologi terkini seperti satelit atau menara bagi menangani masalah sambungan yang lemah.

Pada sesi sama, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan inisiatif untuk mempromosikan sukan permotoran dalam kalangan anak muda, termasuk peruntukan dana bagi pembinaan litar permotoran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti.

Selain itu, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) turut mengemukakan soalan kepada Menteri Kerja Raya mengenai rancangan kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK), termasuk sama ada terdapat perancangan untuk membina laluan alternatif ke Pantai Timur dari Kuala Lumpur.

Usai sesi soal jawab, persidangan akan diteruskan dengan perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025 yang memasuki hari ketujuh hari ini.

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi sesi perbahasan peringkat dasar, yang akan diikuti oleh sesi penggulungan oleh menteri dari setiap kementerian selama empat hari bermula 6 November.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari, bermula 14 Oktober hingga 12 Disember depan.- BERNAMA

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...