Home Nasional Isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman
Nasional

Isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman

Isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria, berhubung hantaran yang didakwa bersifat palsu yang dimuat naik di akaun Facebook beliau.

Hantaran tersebut melibatkan beberapa isu sensitif berbaur perkauman, termasuk isu kibaran bendera negara asing.

MCMC dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pihaknya telah mengeluarkan notis kepada beliau sebelum ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

\”Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang melarang pembuatan dan penghantaran komen atau komunikasi yang mengancam, lucah, atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

\”Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,\” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pasukan penguat kuasa MCMC telah mengambil keterangan pentadbir akaun Facebook berkenaan serta menyita satu unit telefon bimbit dan satu unit kad sim milik pentadbir tersebut bagi membantu siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....