Home Nasional Istiadat Pertabalan Agong ke-17: Keunikan warkah persilaan jadi tumpuan utama
Nasional

Istiadat Pertabalan Agong ke-17: Keunikan warkah persilaan jadi tumpuan utama

Istiadat Pertabalan Agong ke-17: Keunikan warkah persilaan jadi tumpuan utama

Fahmi Fadzil ketika menjadi tetamu rancangan pagi sebuah stesen swasta

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Keunikan warkah persilaan pastinya menjadi antara tumpuan utama pada Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17.

Perkara itu dikongsi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat berkenaan.

\”Ia berbentuk kapsul, dan warkah ni orang biasa kata jemputan. kalau dibuka kapsul itu didalamnya ada satu scroll dan ditulis dalam tulisan Khat dalam Jawi dan menggunakan bahasa istana.

\”Saya bersekali dalam rombongan bersama Tuanku berangkat ke Brunei untuk menghadap Tuanku Sultan Brunei mempersembahkan warkah persilaan kepada Tuanku Sultan Brunei dan saya juga mewakili Tuanku untuk mempersembahkan warkah persilaan kepada Raja Bahrain,\”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program di sebuah stesen swasta.

Sementara itu, sebanyak tujuh acara bakal dilangsungkan bermula dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat pada khamis ini dan diakhiri dengan majlis minum teh diraja pada 27 Julai depan di Istana Negara.

Menariknya, istiadat pertabalan tersebut turut disiarkankan melalui Wayang pacak di 222 kawasan Parlimen oleh Jabatan Penerangan Malaysia pada 20 Julai nanti.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...