Home Nasional Istiadat Pertabalan Agong, 14 laluan ditutup secara peringkat
Nasional

Istiadat Pertabalan Agong, 14 laluan ditutup secara peringkat

Istiadat Pertabalan Agong, 14 laluan ditutup secara peringkat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Sebanyak 14 laluan terlibat dengan penutupan secara berperingkat bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata laluan yang ditutup ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan Lebuhraya Sultan Iskandar.

Ini termasuk Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana, Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah selatan), Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen.

\”Seramai lebih 387 anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis terlibat bagi melaksanakan penugasan mengiring orang kenamaan, mengawal lalu lintas, dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

\”Kesemua laluan akan ditutup sementara bermula pada pukul 8.00 pagi bagi acara istiadat itu dan pada pukul 8.00 malam bagi Majlis Santapan Diraja,\” katanya menerusi kenyataan.

Penutupan jalan itu bertujuan memberi laluan kepada tetamu-tetamu diraja tiba mengikut masa ditetapkan dan dibuka semula secara berperingkat selepas selesai istiadat berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....