Home Nasional Istiadat perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya berlangsung tiga hari
Nasional

Istiadat perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya berlangsung tiga hari

Istiadat perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya berlangsung tiga hari

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah berkenan ke Majlis Siraman sempena Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya di Taman Duta/ Foto: FB Kesultanan Pahang

KUANTAN, 8 Oktober- Istiadat perkahwinan Putera Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri\’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung selama tiga hari.

Perkongsian berita gembira itu dibuat menerusi hantaran Kesultanan Pahang di laman Facebook yang memaklumkan istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada 24, 25 dan 27 Okt di Istana Abdulaziz di sini.

Al-Sultan Abdullah dan isteri Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli berangkat ke beberapa acara sempena istiadat perkahwinan itu antaranya Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal dan Majlis Siraman yang diadakan di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Sebelum ini, Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Tengku Natasya Puteri yang turut diadakan di ibu negara. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....