Monday , 23 December 2024
Home Nasional IPT tempatan disaran 'menjenamakan' pelajar masing-masing – MQA
Nasional

IPT tempatan disaran 'menjenamakan' pelajar masing-masing – MQA

IPT tempatan disaran 'menjenamakan' pelajar masing-masing – MQA

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Profesor. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran

SEPANG, 29 Julai– Institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan disaran menjenamakan pelajar masing-masing dengan identiti serta keunikan tersendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata satu daripada keunikan yang boleh dijenamakan oleh pelajar Malaysia ialah penguasaan tiga atau empat bahasa selain kemahiran insaniah dan kecemerlangan dalam bidang pengajian masing-masing.

Tambahnya, kelayakan akademik semata-mata tidak menjanjikan graduan berupaya mendapat peluang pekerjaan kerana secara umumnya, kini ramai graduan yang mempunyai kelayakan akademik yang baik.

Nilai tambah graduan berbentuk kemahiran alternatif amat diperlukan dan penguasaan bahasa asing ialah sesuatu yang wajar diberi pertimbangan.

\”Pelajar digalakkan untuk melengkapkan diri dengan menguasai tiga bahasa selepas bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing.

\”Penguasaan bahasa asing menjadi antara kelebihan yang perlu ada pada pelajar dalam dunia serba mencabar kini, misalnya bahasa ketiga atau keempat seperti bahasa Mandarin, Arab, Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya,\” kata Dr. Mohammad Shatar.

Ujar Shatar, pelajar tidak boleh berharap dengan kelayakan akademik menerusi segulung ijazah akan membantu kejayaan dalam kerjaya pada masa hadapan, berikutan peredaran zaman yang semakin mencabar.

Peluang itu boleh dimanfaat menerusi penguasaan pelbagai bahasa asing, sekali gus membuka peluang untuk bekerja di syarikat antarabangsa, multinasional atau bekerja di luar negara, menembusi pasaran tenaga kerja global.

\”IPT boleh memulakan inisiatif memilih bahasa asing yang mahu dijadikan kebitaraan supaya sampai satu masa nanti menjadi kebiasaan dalam kalangan majikan jika mahu mencari graduan yang mahir sesuatu bahasa boleh ke IPT terbabit.\”

\”IPT dan graduan tempatan pastinya akan dapat ditingkatkan pada tahap lebih membanggakan dalam arena pendidikan tinggi global seterusnya menjadi buruan majikan untuk mencari bakat baharu di syarikat mereka,\” jelas Shatar.

Mengulas lanjut, masyarakat perlu mengakui bahawa kepelbagaian bahasa adalah aset berharga yang dapat memperkaya dan mengukuhkan kedudukan pendidikan tinggi negara di arena antarabangsa.

\”Sekiranya perkara ini boleh dijayakan secara menyeluruh, pastinya usaha menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan atau pusat ilmu sejagat akan dapat direalisasikan selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir,\” tegasnya.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...