Home Nasional IPD Muallim juara KIK PDRM 2024
Nasional

IPD Muallim juara KIK PDRM 2024

IPD Muallim juara KIK PDRM 2024

Kumpulan KIK Tanjung Malim dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Perak johan dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Polis Diraja Malaysia PDRM 2024

ALOR SETAR, 19 Julai- \’Body Shield Protector\’ (BSP)bagi menangani orang mabuk dan kurang waras di lapangan muncul johan dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Polis Diraja Malaysia PDRM 2024.

Alat perisai kereta peronda MPV itudicipta oleh kumpulanKIK Tanjung Malim dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Perak.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan IPD Muallim Asisten Superintenden (ASP) Nor Afizah Md Nasir, alat tersebut tercipta rentetancabaran oleh Ketua Polis Negarapada tahun lalu kepada unit MPV berkenaan sehingga BSP terhasil pada awal tahun ini.

\”Ketika itu kitamenggunakan perisai, yang digunakan cawangan Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). kita guna bahan yang sama dengan perisai asal iaitu polikarbon.

\”…cuma kitaubah saiz dengan berat yang lebih sesuai. Ia supaya mudah dikendalikan oleh anggota bertugas di lapangan,\” kata Nor Afizah.

Johan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil penghargaan.

Manakala bagi kategori sama naib johan dimenangi Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis kontinjen Melaka menerusi alat \’Smart Automatic Falling Palte For Parctise Shooting And Competition.\’

Manakala tempat ketiga IPD Gua Musang menerusi alat \’The Tyre Gripper.\’

Sementara itu kategori penambahbaikan dimenangi oleh Kumpulan CIDC cawangan Khas Bukit Aman.

Naib Johan kategori penambahbaikan pula dimenangi IPD KLIA melalui Sistem E-Buku Lawatan Aplikasi Rondaan Qualitatif dan tempat ketiga Pusat Latihan Pulapol Polis Langkawi melalui projek Sistem Pengurusan Kenderaan.

Turut disampaikan anugerah Pertandingan Inovasi PDRM 2024 yang dimenangi oleh Jabatan Logistik IPD Pahang menerusi Projek Inspection Robotic Vehicle.

Hadiah disampaikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keteneraman Awam Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Dinsempena majlis sambutan Hari inovasi PDRM 2024 yang diadakan di IPK Kedah yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...