Home Nasional Institusi TVET terima enam kereta elektrik buatan China – Zahid
Nasional

Institusi TVET terima enam kereta elektrik buatan China – Zahid

Institusi TVET terima enam kereta elektrik buatan China – Zahid

Foto BERNAMA

BAGAN DATUK, 27 Oktober– Sebanyak enam kereta elektrik dari Chinaakan diagihkan kepadainstitusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia untuk dijadikan bahan pembelajaran amali pelajar institusi terlibat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata kereta berkenaan merupakan hadiah daripada Beifang Automotive Education Group kepada Malaysia.

“Kami merancang untuk mengagihkan masing-masing satu kenderaan elektrik (EV)ini kepadaAutomotive Center Institusi Kemahiran Tinggi Perda diPulau Pinang dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Sarawak.

“Empat lagi kita akan agihkan kepadainstitusi TVET di bawahMajlis Amanah Rakyat (MARA)termasuk GiatMARA, IKM (InstitutKemahiran MARA) dan beberapa yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiriMajlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.

Ahmad Zahidberkata inisiatif berkenaan bertujuan membolehkan pelajar mendapat pendedahan teknologi baharu kenderaan elektrikyang semakin mendapat tempat dalam industri automatif, selain pendidikan berkaitankenderaan konvensional.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata lebih 100 tenaga pengajar di negara ini telah dihantar ke China untuk mengikutikursus automotif terbabit.

“Tempoh bagi kesemua tenaga pengajar yang menghadiri kursus berhubung automotif ituadalah antara tiga hingga enam bulan sahaja kerana iabidang yang telah pun dipelajari mereka,” katanya.

Tambah Zahid, menerusi penambahan peruntukan TVET pada Belanjawan 2025baru-baru ini, pihaknya akan berbincang dengan Beifang untuk menambahjumlah pelajar daripada pelbagai kaum di negara ini, mengikuti latihan diinstitusi itu.

\”Kerjasama dengan Beifang International Education setakat ini menyaksikan lebih 2,000 pelajar dihantarke China,\” katanya.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....