Home Nasional Insiden pokok tumbang, kerajaan ambil langkah proaktif elak kejadian berulang
Nasional

Insiden pokok tumbang, kerajaan ambil langkah proaktif elak kejadian berulang

Insiden pokok tumbang, kerajaan ambil langkah proaktif elak kejadian berulang

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Julai-Tiga pendekatan proaktif diambil kerajaan dalam memastikan tiada insiden berulang pokok tumbang di sekitar Ibu Negara.

Ia termasuk pemeriksaan pokok melalui penilaian visual, visual tree assessment (VTA), dan penilaian terhadap struktur pokok menggunakan peralatan khas.

Menteri Di jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaannya berkesan.

\”Penilaian dan pemeriksaan pokok bagi tahap satu ini dilaksanakan bagi setiap 10 bulan bagi setiap pusingan. Manakala bagi tahap dua dan tiga,ia dilaksanakan di lokasi yang mempunyai sejarah kegagalan pokok dan mempunyai bilangan pokok yang berisiko tinggi\”, katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahya.

Dewan turut diberitahu, sistem e-pokok yang dibangunkan DBKL sejak 2019 telah merekodkan sebanyak 236,551 pokok.

Sementara itu, Dr Zaliha memaklumkan matlamat utama penubuhan Tabung Dana Amanah Kawasan Hijau adalah untuk menggalakkkan kerjasama awam-swasta selain meningkatkan penyertaan masyarakat dalam meningkatkan kualiti landskap negara disamping mengekalkan peratusan kawasan hijau di Kuala Lumpur mengikut Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040

\”Jadi, sekiranya ia berjaya, usaha untuk kita meningkatkan kawasan hijau atau lapang di Kuala Lumpur berdasarkan formula yang kita guna iaitu 20 meter persegi per penduduk selaras dengan aspirasi Pelan struktur KL 2040 mungkin akan dapat dicapai dalam jangkamasa lebih awal\”, katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Hisamudin Yahya

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....