Saturday , 8 February 2025
Home Nasional Insiden kekecohan warga Palestin di Wisma Transit masih dalam siasatan
Nasional

Insiden kekecohan warga Palestin di Wisma Transit masih dalam siasatan

Insiden kekecohan warga Palestin di Wisma Transit masih dalam siasatan

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Seri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman /Foto RTM

PORT DICKSON, 5 Oktober-Siasatan insiden kekecohan membabitkan sekumpulan warga Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur, dengan anggota keselamatan baru-baru ini, masih diteruskan pihak berkuasa.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Seri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman berkata, insiden berkenaan tercetus disebabkan ketidakpuasan hati segelintir warga Palestin akibat pergerakan mereka dihadkan ketika berada di pusat perlindungan berkenaan.

\”Jadi saya ingin menjelaskan bahawa kejadian yang melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur baru-baru ini.

\”Kita masih melaksanakan siasatan penuh berkenaan perkara ini dan saya ingin tegaskan di sini ia merupakan kes yang terpencil dan akan ditangani dengan profesional\”, katanya demikian pada Majlis Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting, di sini.

Ujarnya, kesemua 127 orang warga Palestin termasuk 41 orang pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza yang tiba di negara ini pada 16 Ogos lalu, telah menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, dan hanya empat warga Palestin yang masih menerima rawatan susulan di hospital tersebut.

Rabu lalu, sekumpulan warga Palestin didakwa bertindak kasar dengan membaling selipar ke arah salah seorang pegawai penguat kuasa dan merosakkan harta benda premis berkenaan dipercayai kecewa selepas tidak diizinkan untuk menginap di luar WTKL.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini, perkara terbabit membuatkan kumpulan berkenaan \’naik angin\’ sehingga mencetuskan kekecohan di hadapan balai pengawal WTKL bersama keluarga serta rakan lain.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...