Home Nasional Inisiatif RISDA: Hampir 7,000 pekebun kecil getah terima manfaat
Nasional

Inisiatif RISDA: Hampir 7,000 pekebun kecil getah terima manfaat

Inisiatif RISDA: Hampir 7,000 pekebun kecil getah terima manfaat

Foto Hiasan

KOTA BAHRU, 10 Ogos- Hampir 7,000 pekebun kecil getah di Gua Musang menerima manfaat melalui pelbagai inisiatif dilaksana kerajaan menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) setiap tahun.

Pengarah RISDA Kelantan, Ahmad Firdaus Abd Ghani berkata tahun ini sahaja Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukan sebanyak RM3.4 juta untuk melaksanakan pelbagai program dalam meningkatkan taraf pendapatan pekebun terlibat.

Jelasnya, sebanyak RM1.8 juta disalur untuk program penanaman getah, manakala RM550,000 bantuan untuk aktiviti ekonomi tambahan dan usahawan.

\”Hampir 30 peratus bantuan telah disalurkan merangkumi kesemua program yang disebut dan sambutan pekebun kecil memang amat menggalakkan terutama bagi anak-anak muda apabila mereka tahu ada program-program keusahawanan ini,\” katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 6,985 pekebun kecil getah di Gua Musang dengan keluasan 19,000 hektar tanaman getah.

Ia merupakan sebahagian daripada 82,000 pekebun kecil seluruh Kelantan yang aktif dalam mengeluarkan komoditi utama tersebut.

Dalam pada itu, RISDA turut giat mengadakan kempen pengeluaran susu getah berbanding getah sekerap yang dilaksana pekebun kecil sebelum ini.

Ahmad Firdaus berkata, kempen tersebut menerima sambutan menggalakkan memandangkan peningkatan hasil susu getah mampu dicapai antara RM7 hingga RM8 sekilogram termasuk subsidi yang disediakan RISDA dan Lembaga Getah.

Katanya, dalam menjayakan matlamat kempen tersebut, RISDA menyediakan kemudahan asas seperti pusat pengumpulan getah dan pembeli dari luar untuk mendapatkan harga yang lebih baik.

Di Kelantan, beberapa pusat pengumpulan dibangunkan termasuk di Tanah Merah, Pasir Mas, Kuala Krai dan beberapa lokasi lain melibatkan tanaman getah seluas 50 hingga 100 hektar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....