Home Nasional Inisiatif IKG dijangka selesai Februari tahun depan
Nasional

Inisiatif IKG dijangka selesai Februari tahun depan

Inisiatif IKG dijangka selesai Februari tahun depan

Fadhlina Sidek

BANGI, 13 Julai- Inisiatif Indeks Kesejahteraan Guru (IKG) bagi meraih data relevan berhubung isu dan cabaran serta intervensinya terhadap profesion guru, dijangka selesai pada Februari tahun hadapan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, proses pembangunan IKG sedang giat berlangsung.

Cadangan domain yang terkandung dalam indeks itu telah pun dikenal pasti dan ia berdasarkan kepada profil kesejahteraan psikologi guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta kajian-kajian akademik.

\”Sesi-sesi libat urus akan diadakan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh penetapan domain-domain yang bakal terkandung dalam indeks tersebut.

\”Setelah proses fasa kutipan dan penganalisisan data sudah selesai, KPM akan umumkan IKG yang pertama semasa Sambutan Hari Guru tahun hadapan iaitu pada 16 Mei 2025,\” katanya ketika memberi ucaptama dalam Majlis Makan Malam Jubli Emas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....