Home Nasional Industri halal: Selangor komited patuhi standard antarabangsa
Nasional

Industri halal: Selangor komited patuhi standard antarabangsa

Industri halal: Selangor komited patuhi standard antarabangsa

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari / Foto Fail / Bernama

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dilihat sebagai peluang untuk Selangor memperkukuh ekosistem halal di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata Selangor mempunyai kemudahan lengkap dengan pensijilan Halmas, iaitu pengiktirafan kepada pengendali kawasan industri halal.

Menurutnya, Selangor komited memastikan pensijilan halal yang dikeluarkan memenuhi standard antarabangsa dan mendapat keyakinan pengguna.

“Selain daripada kemudahan fizikal, kita juga perlu memberi perhatian kepada pembangunan perisian, dengan meningkatkan kesedaran dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim.

\”Ini akan meningkatkan minat terhadap Ekonomi Halal. Terdapat potensi baharu dalam sektor-sektor niche seperti bahan halal, organik halal dan juga kosmetik halal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....