Home Nasional Impian miliki rumah selesa tercapai di bawah program PPRS
Nasional

Impian miliki rumah selesa tercapai di bawah program PPRS

Impian miliki rumah selesa tercapai di bawah program PPRS

Foto Ihsan KKDW KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG

ALOR SETAR, 28 Oktober – Impian sebuah keluarga di Kampung Teluk Bagan untuk memiliki rumah yang lebih selesa akhirnya tercapai apabila mereka menerima sebuah rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Daerah Kota Setar.

Penyerahan simbolik rumah tersebut disempurnakan oleh Pengarah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mohd Nizam Mokhtar.

Penerima rumah tersebut, Anas Abdullah, 42 tahun, sebelum ini menyewa rumah di kampung yang sama.

Dengan empat anak yang semakin membesar, Anas dan isteri memerlukan kediaman yang lebih selesa.

Beliau yang bekerja sebagai pembantu juru ukur sambilan, mengalami kesan daripada perkembangan teknologi moden yang menyebabkan pendapatannya terjejas.

Pembinaan yang bermula pada 20 Februari 2024, siap sepenuhnya pada 9 Julai 2024.

Diharapkan pemberian rumah baharu itu dapat meningkatkan taraf hidup keluarga berkenaan dan memberikan keselesaan kepada mereka yang layak.

Related Articles

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah
Nasional

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr....

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis
Nasional

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis

Umat Islam perlu mempertingkatkan pembudayaan ilmu al-Quran dalam mendepani cabaran teknologi /...

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor...

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di...