Home Nasional Impak besar Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-64 kepada negara
Nasional

Impak besar Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-64 kepada negara

Impak besar Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-64 kepada negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Peningkatan penyertaan peserta yang sangat ketara daripada 52 kepada 71 negara pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) tahun ini, menunjukkan tanda kesatuan umat Islam seluruh dunia melalui al-Quran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, dengan sambutan yang menggalakkan ini, ia mampu memberikan keyakinan kepada masyarakat di seluruh dunia tentang kukuhnya perkembangan syiar Islam di Malaysia.

\”Sudah tentu dengan adanya penyertaan lebih ramai peserta luar ini memberikan impak yang sangat positif kepada negara dan juga kepada rakyat malaysia.\”

Daripada sudut rakyat Malaysia khususnya umat islam, mereka dapat melihat bagaimana umat islam dari negara luar khususnya dari negara yang mempunyai penduduk islam minoriti, boleh membaca al-quran dengan baik.\”

Beliau ditemui selepas melakukan sesi kunjungan mesra menyantuni petugas-petugas bahagian Penyiaran JAKIM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Tahun lalu, seramai 76 peserta dari 52 negara telah menyertai MTHQA, manakala tahun ini meningkat kepada 92 peserta dari 71 negara.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...