Home Nasional Imigresen serbu 6 premis, 16 PATI ditahan
Nasional

Imigresen serbu 6 premis, 16 PATI ditahan

Imigresen serbu 6 premis, 16 PATI ditahan

Antara PATI yang ditahan imigresen malam tadi/Foto JIM Perak

LUMUT, 7 Januari – Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi berasingan di enam premis sekitar Sitiawan di sini, lewat malam tadi.

Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki, lapan perempuan, dan seorang kanak-kanak berusia antara tiga hingga 53 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik, berkata operasi tersebut dijalankan oleh Unit Penguatkuasa Pejabat Imigresen Cawangan Lumut dengan melibatkan tujuh pegawai.

\”Serbuan ini dibuat hasil aduan dan pemantauan yang dijalankan sebelum ini.

\”Pemeriksaan ke atas 24 warga asing dari Thailand, Myanmar, India, Bangladesh, dan Indonesia mendapati 16 daripadanya melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,\” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kesemua PATI tersebut telah dibawa ke Depot Imigresen Lumut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, serta kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....