Saturday , 21 September 2024
Home Nasional IKAT jadi platform tarik lebih ramai pengkaji berkaitan Hang Tuah
Nasional

IKAT jadi platform tarik lebih ramai pengkaji berkaitan Hang Tuah

IKAT jadi platform tarik lebih ramai pengkaji berkaitan Hang Tuah

Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora

MASJID TANAH, 26 Julai- Penubuhan Institut Kajian Sejarah (IKAT) mampu menjadi platform terbaik dalam usaha membawa lebih ramai pengkaji dari dalam dan luar negara.

Menurut Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora, ia diharap dapat menyumbangkan idea melengkapkan kajian penyelidikan berkaitan Hang Tuah di Melaka.

Beliau berkata, terdapat tiga inisiatif yang akan dilakukan oleh IKAT bagi menghimpun dan memfokus peranan Laksamana Hang Tuah dalam era Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Antaranya penubuhan Kerusi Hang Tuah yang akan membiayai pelbagai kajian mengenai Hang Tuah.

\”Yang kedua kita juga akan menawarkan program berkaitan dengan sejarah Hang Tuah untuk peringkat Sarjana dan PHD. Yang ketiga kita akan buat kerjasama dengan universiti dalam dan luar negara, macam tadi kita dah bincang dengan Univerisiti Pattani, mereka ada banyak artifak berkaitan Hang Tuah, begitu juga daripada Indonesia, Turkiye dan India,\”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran ISRA Corner, Perasmian Institut Kajian Tuah dan Menandatangani Surat Niat sempena Ulang Tahun ke-30 Universiti Islam Melaka di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.

Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Sementara itu, Prof Datuk Dr Mohd Taib turut memaklumkan Politeknik Melaka kini dalam peringkat akhir untuk dipindahkan bersebelahan denganUniversiti Islam Melaka (UNIMEL) di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.

Beliau berkata,untuk itu pihaknya akan menjual sebahagian tanah kepada pihak politeknik untuk pembinaan kampus serta kemudahan lain.

Jelasnya kemudahan itu nanti akan memberi manfaat kepada tujuh ribu pelajar bagi kedua-dua institusi berkenaan.

Politeknik Melaka kini masih lagi beroperasi di rumah kedai, Jalan Pokok Mangga.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...