Home Nasional IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

LONDON, 23 April – Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang berpangkalan di Paris, Perancis bersetuju untuk menyokong dan membantu Malaysia berkenaan dengan dasar untuk mendalami serta mengkaji penggunaan tenaga nuklear, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perkara itu disuarakan oleh Pengarah Eksekutif IEA Dr Fatih Birol semasa kunjungan hormat Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air terhadap beliau di luar sesi pleno Sidang Kemuncak Mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House di sini, pada Selasa.

Timbalan Perdana Menteri berkata pada masa ini banyak negara mula beralih kepada penggunaan nuklear memandangkan ia adalah antara sumber tenaga bersih yang lebih terjamin dan stabil, malah teknologi kini yang semakin berkembang menjadikannya lebih selamat.

Semasa pertemuan itu, Fadillah berkongsi pandangan bahawa Malaysia memerlukan sokongan IEA dari segi nasihat teknikal mengenai bekalan tenaga itu yang lebih bersifat kukuh.

“Mereka boleh memberi sokongan teknikal dan juga (pandangan) untuk kita membangunkan dasar serta strategi berhubung perkara ini. Walaupun keputusan dasar (penggunaan tenaga nuklear) kalau hendak dilaksanakan akan mengambil masa 10 hingga 15 tahun,” katanya kepada pemberita selepas sesi pleno Sidang Kemuncak Mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga.

Fadillah berkata beliau juga telah menyuarakan komitmen Malaysia ke arah menjamin bekalan tenaga dalam negara termasuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu sehingga 70 peratus menjelang 2050.

“Bagaimana kita hendak mencapai sehingga 70 peratus itu? Kita telah memaklumkan bahawa satu daripadanya adalah kita menumpukan kepada Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif yang melibatkan agensi dan kementerian bagi menentukan hala tuju kita,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Fadillah juga mengulangi komitmen Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk memperkukuh grid tenaga bagi menjamin keselamatan dan daya tahan tenaga di rantau Asia Tenggara.

“Jadi, apabila kita ada kesambungan antara wilayah, antara negara, maka (kita) saling membantu. Ada masa kadang-kadang kita kurang (bekalan), kita akan ambil (dapatkan dari kawasan lain),” katanya. – BERNAMA

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

Kesilapan Jalur Gemilang dalam laporan SPM, tindakan diambil selepas laporan lengkap
Nasional

Kesilapan Jalur Gemilang dalam laporan SPM, tindakan diambil selepas laporan lengkap

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu BakarSEPANG, 24 April –...