Home Nasional Ibu nafi anak bongsu meninggal dunia
Nasional

Ibu nafi anak bongsu meninggal dunia

Ibu nafi anak bongsu meninggal dunia

Nurain Husnorizal, 25 (tiga, kanan) ditenangkan oleh ahli keluarga ketika melihat pengebumian jenazah anaknya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, semalam/Bernama

GEORGE TOWN, 11 Julai- Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim di Kedah pada Ahad lepas menafikan anak bongsunya meninggal dunia hari ini.

Nurain Hasnorizal, 25, berkata anaknya Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, masih kritikal dan ketika ini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

\”Keadaan adik (Muhammad Luth Syauqi) masih sama dan tiada sebarang perubahan, cuma saya terkejut apabila adik saya mesej (melalui aplikasi WhatsApp) tanya sama ada Luth meninggal dunia tadi (hari ini) kerana ada orang sebarkan kata adik telah tiada (meninggal dunia).

\”Waktu itu saya ada di pekarangan HPP dan terus telefon doktor untuk tanya keadaan adik (Luth), doktor kata anak saya masih menerima rawatan dan keadaan masih sama (kritikal),\” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan anak sulung Nurain, Muhammad Akil Syauqi, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi berada dalam keadaan kritikal.

Namun Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia pukul 8.30 pagi semalam selepas 78 jam bertarung nyawa di PICU HPP.

Nurain yang sedih dan kecewa dengan khabar angin itu meminta orang ramai berhenti menyebarkan berita itu dan memohon rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan anak bongsunya.

\”Sekarang ini saya kena kuat untuk Luth, saya dah masuk tengok dia di PICU tadi dan keadaannya masih sama (kritikal) serta tiada sebarang pergerakan, saya mohon doa semua untuk anak bongsu saya,\” katanya.

Media melaporkan dua kanak-kanak itu dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun oleh seorang pemilik kebun yang dikatakan untuk memerangkap monyet. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....