Friday , 20 September 2024
Home Nasional Ibu bapa kanak-kanak mangsa keropok beracun jalani rawatan kaunseling
Nasional

Ibu bapa kanak-kanak mangsa keropok beracun jalani rawatan kaunseling

Ibu bapa kanak-kanak mangsa keropok beracun  jalani rawatan kaunseling

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni

IPOH, 12 Julai-Ibu bapa dua beradik yang termakan keropok segera dipercayai mengandungi racun tikus kini sedang menjalani rawatan kaunseling.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata ia dilakukan bagi memulihkan semula semangat pasangan itu selepas kejadian tersebut.

\”Setakat ini ada dua individu terlibat, kanak-kanak yang terlibat seorang telah pun meninggal dunia dan yang seorang lagi ketika ini dalam keadaan yang sangat kritikal.

\”Ibu bapa kanak-kanak tersebut kini sedang mendapat rawatan kaunseling untuk menenangkan keadaan\”, katanya demikian di sini.

Ditanya sama ada terdapat racun serangga dalam keropok segera tersebut, Datuk Lukanisman berkata perkara tersebut masih dalam siasatan.

Ujar Lukanisman, pihaknya juga sedang menunggu laporan lanjut daripada pihak polis.

Dalam kejadian pada 7 Julai lalu, dua kanak-kanak lelaki yang juga adik-beradik masing-masing berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas termakan keropok segera dipercayai mengandungi racun tikus.

Kejadian berlaku di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim Kedah.

Ketua Polis Daerah Superintendent Mohd Azizul Mohd Khairi berkata kejadian di sedari ibu mangsa kira-kira pukul 11.00 pagi selepas mendapati kedua-dua mereka muntah dan mulut berbuih.

Salah seorang daripada kanak-kanak tersebut,Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3 tahun dilaporkan meninggal dunia pada 10 Julai lalu.

Related Articles

Industri halal menyumbang ekonomi negara
Nasional

Industri halal menyumbang ekonomi negara

Mohd Na’im Mokhtar/ Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 19 September-Perjalanan selama 50 tahun dalam...

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai
Nasional

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai

Gambar hiasanKOTA KINABALU, 16 September – Angin kencang yang sedang melanda Sabah...

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef
Nasional

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef

Pengarah Serantau UNICEF bagi Asia Timur dan Pasifik, June Kunugi berkata kanak-kanak...

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas
Nasional

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto AFPPUTRAJAYA, 19 September- Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan...