Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Ibu, anak berusia tiga tahun maut dalam kemalangan
Nasional

Ibu, anak berusia tiga tahun maut dalam kemalangan

Ibu, anak berusia tiga tahun maut dalam kemalangan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 10, Jalan Pasir Puteh-Machang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintenden Zaizul Rizal Zakaria dalam satu kenyataan berkata, dua yang maut itu merupakan seorang wanita berusia 36 tahun dan anaknya berusia tiga tahun, manakala anak saudaranya berusia 18 tahun mengalami kecederaan.

\”Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu wanita tersebut dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan SUV.

\”Akibat pelanggaran itu mangsa maut di lokasi kejadian dan anaknya meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh manakala anak saudaranya yang cedera dirawat di hospital sama,\” katanya.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta tampil ke balai berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik di talian 019-9386224.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...