Home Nasional IAM, EKUINAS agih bantuan kepada keluarga terjejas banjir
Nasional

IAM, EKUINAS agih bantuan kepada keluarga terjejas banjir

IAM, EKUINAS agih bantuan kepada keluarga terjejas banjir

Golongan kurang berkemampuan yang terkesan akibat banjir di Baling menerima bantuan barangan keperluan harian.

BALING, 20 Oktober – Prihatin dengan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Baling, Kedah, baru-baru ini, Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) tampil menghulurkan sumbangan kepada 200 keluarga terjejas.

Bantuan ini memberi fokus kepada golongan kurang berkemampuan khususnya asnaf yang terkesan akibat bencana itu.

Setiap penerima menerima sumbangan pek makanan yang mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, gula, susu, minyak masak dan tepung.

Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata program ini adalah merupakan inisiatif bantuan kecemasan lanjutan yang dianjurkan pihaknya bersama-sama EKUINAS iaitu rakan kemanusiaan bagi membantu golongan tersebut.

\”Pihak kami mengharapkan individu dan keluarga yang terkesan akibat banjir dapat meneruskan kelangsungan hidup di bawah Program Iltizam bersama EKUINAS,\” katanya.

\”Melalui program ini, EKUINAS telah menyerahkan sumbangan pek makanan kepada 200 keluarga dari Kampung Sri Ketengga, Kampung Batu 8, Kampung Teluk Rambong, Kampung Weng Dalam, Kampung Batu 60, Kampung Tandop dan kawasan sekitar Mukim Siong, Baling,\” jelasnya lagi.

Bantuan telah disalurkan secara terus oleh rakan sukarelawan IAM serta kakitangan EKUINAS di Surau Al-Falah Kampung Sri Ketengga.

\”Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesusahan mereka seterusnya misi bantuan ini membuktikan bahawa kami prihatin terhadap keperluan masyarakat tempatan,\” katanya dalam satu kenyataan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....