Home Nasional I-AQUAS UPM bangunkan pusat penyelidikan dan pengembangan akuakultur di Melaka
Nasional

I-AQUAS UPM bangunkan pusat penyelidikan dan pengembangan akuakultur di Melaka

I-AQUAS UPM bangunkan pusat penyelidikan dan pengembangan akuakultur di Melaka

Pasukan I-AQUAS UPM menjalankan penyelidikan serta melepaskan spesis ternakan laut di Melaka, baru-baru ini

SERDANG, 9 Oktober- Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Melaka membangunkan pusat penyelidikan dan pengembangan akuakultur memfokuskan pada spesis akuatik.

Pengarah I-AQUAS UPM, Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris berkata idea untuk membangunkan pusat tersebut tercetus daripada keperluan untuk memperkukuh sektor akuakultur di Melaka, memandangkan negeri itu mempunyai kawasan dan sumber air yang baik dan berkualiti.

“Konsep pusat ini meliputi lima komponen utama iaitu pembangunan hatcheri untuk benih berkualiti tinggi, penngeluaran akuakultur, taman agro-aquatourism untuk pendidikan dan pelancongan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) akuakultur, serta pembangunan tenaga mahir melalui pusat latihan TVET,” katanya.

Tambah beliau, pusat itu akan berfungsi sebagai tempat untuk menjalankan penyelidikan yang berterusan bagi menghasilkan hasilan akuakultur berkualiti tinggi dan juga menjadi pusat latihan kepada penduduk tempatan serta tenaga kerja industri.

Menerusi kerjasama tersebut, I-AQUAS berhasrat untuk menerapkan \’tagline\’ SHAPE yang merangkumi SmartAqua (Akuakultur Pintar), Hub benih (one stop seed center), Aquapreneur Fast Track Vet (Modul latihan Komprehensif TVET dan Ecological and social resilience (ketahanan ekologi dan social) bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti akuakultur di kawasan tersebut.

“Melalui sinergi ini I-AQUAS, UPM berhasrat untuk merangkumi SmartAqua (Akuakultur Pintar), Hub benih (one stop seed center), Aquapreneur Fast Track Vet (Modul latihan Komprehensif TVET dan Ecological and social resilience (ketahanan ekologi dan sosial) bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti akuakultur di kawasan tersebut,” katanya.

Prof. Dr. Ahmad Zaharin juga menjelaskan terdapat beberapa beberapa spesis ternakan laut yang sesuai untuk diperkenalkan dalam program akuakultur, termasuk udang putih (Litopenaeus vannamei), udang harimau (Penaues monodon), udang galah (Macrobrachium rosenbergii), tilapia marin (Oreochromis spp.) dan ketam renjong (Portunus pelagicus).

“Pemilihan kesemua spesis ini dilakukan berdasarkan beberapa pertimbangan penting iaitu mempunyai persekitaran ternakan yang baik di Sebatu, Melaka dan spesis tersebut mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat serta menjanjikan hasil pulangan yang baik,” katanya.

Beliau berharap melalui jaringan kerjasama berkenaan akan membantu mencegah kerosakan ekosistem malah berpotensi meningkatkan hasil dan pengeluaran akuakultur yang boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

“Ini juga akan dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan memberikan memberikan impak yang signifikan dalam pengurusan akuakultur serta menyokong pembangunan akuakultur mampan, pemuliharaan sumber akuatik dan perlindungan persekitaran,” katanya.

Dalam pada itu, UPM selaku universiti penyelidikan akan memainkan peranan utama dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) di pusat tersebut.

I-AQUAS, UPM akan menjalankan kajian saintifik yang berterusan untuk mengembangkan teknologi terkini terutama dalam bidang akuakultur termasuk teknik pembenihan, aplikasi internet benda (IoT), genetik, pemakanan dan pengurusan kesihatan ternakan.

Selain itu, I-AQUAS UPM akan menyediakan modul latihan teknikal untuk membantu dalam meningkatkan modal insan melalui program pendidikan dan latihan untuk komuniti tempatan, tenaga kerja serta terlibat secara berterusan dalam pemindahan kepada komuniti melalui perkongsian dari pakar dalam bidang akuakultur.

0910 UOM MELAKA 2Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris (dua dari kanan) bersama pasukan I-AQUAS UPM dan penduduk membincangkan pengembangan akuakultur di kawasan DUN Sungai Rambai, Melaka

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...