Home Nasional HUMS bakal pertingkat mutu pendidikan, latihan dan khidmat perubatan – Zambry
Nasional

HUMS bakal pertingkat mutu pendidikan, latihan dan khidmat perubatan – Zambry

HUMS bakal pertingkat mutu pendidikan, latihan dan khidmat perubatan – Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 September- Projek pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang dijangka siap Disember tahun depan dan beroperasi Januari 2026 akan mempertingkat mutu pendidikan serta latihan perubatan di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata operasi HUMS juga akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi bagi masyarakat setempat dan fiskal pendapatan serta ekonomi rakyat khususnya dalam sektor pekerjaan.

“HUMS akan menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar perubatan dan kejururawatan, menjalankan penyelidikan perubatan dan sains kesihatan serta menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada orang awam,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

HUMS yang dilengkapi 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif/rapi dan 145 klinik pakar adalah berkonsepkan hospital pintar dengan menggunakan sistem digital maklumat hospital lengkap dalam keseluruhan operasinya.

Antara yang ditawarkan ialah khidmat rundingan dan rawatan doktor pakar, kecemasan dan trauma 24 jam, dua suite angiogram, pengimejan resonans magnetik (MRI), Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan), Wad Isolasi Komprehensif 10 katil, rawatan pesakit harian 58 katil dan hemodialisis 40 kerusi rawatan.

Terdahulu, Zambry melakukan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Sabah untuk melihat perkembangan semasa projek pembinaan HUMS dan mendengar taklimat terkini kemajuan projek itu daripada Pengarah HUMS Profesor Madya Dr Malehah Mohd Noh bersama wakil syarikat konsesi yang dilantik.- BERNAMA

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...