Home Nasional Hulu Terengganu terkesan Taufan Trami
Nasional

Hulu Terengganu terkesan Taufan Trami

Hulu Terengganu terkesan Taufan Trami

Foto tangkap layar FB Mohammad Deraman

HULU TERENGGANU, 26 Oktober- Kesan Taufan Trami turut dirasai di daerah Hulu Terengganu, selain di daerah Kemaman.

Pengurus Wilayah Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Mohamad Pazli Kasim, memaklumkan bahawa antara kawasan yang terjejas adalah Plaza Tol Telemong.

Beliau menyatakan bahawa taufan yang berlaku sekitar pukul 8.20 malam tadi telah menyebabkan siling di bahagian bumbung runtuh.

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

“Dua lorong keluar di plaza tol telah dibuka dan beroperasi seperti biasa sejak pukul 9.20 malam tadi, manakala dua lorong lagi masih ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan pembaikan segera,” katanya ketika mengesahkan perkara itu kepada RTM.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai operasi plaza tol boleh menghubungi talian 1800-88-0220.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....