Home Nasional Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air
Nasional

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air

Foto BERNAMA

IPOH, 5 Januari- Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta dalam kenyataan malam ini memaklumkan hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 4.00 petang itu menyebabkan air Sungai Pinji mengalir laju dan pam air tidak berfungsi dengan baik di Jalan Salak, Kampung Sungai Rokam.

PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan kejadian itu mengakibatkan bahagian hadapan lima buah rumah berdekatan sungai berkenaan dinaiki air.

\”Penduduk mengambil langkah awal dengan memindahkan kenderaan ke tempat yang tinggi dan selamat,\” menurut kenyataan itu.

PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan paras Sungai Pinji semakin surut dan keadaan banjir terkawal.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata kira-kira lapan buah rumah di Persiaran Cempaka Sari 11, Taman Cempaka dinaiki air akibat banjir kilat.

Beliau berkata hujan yang bermula kira-kira pukul 5.00 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan ketinggian air sekitar 0.6 meter (2 kaki).

Sabarodzi berkata keadaan terkawal pada pukul 5.53 petang dan air semakin surut.- BERNAMA

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...