Home Nasional Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak hingga Khamis
Nasional

Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak hingga Khamis

Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak hingga Khamis

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 Januari – Amaran hujan berterusan di dua negeri dijangka berlaku hingga Khamis ini (30 Januari).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan hingga Khamis manakala Sabah hingga Rabu (29 Januari).

\”Di Sarawak, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri) sehingga Khamis.

\”Sementara Kapit (Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru dan Marudi) diramal menerima hujan berterusan pada tahap waspada,\” menurut MetMalaysia.

Kawasan terlibat di Sabah meliputi Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat pula dijangka menerima hujan berterusan pada tahap waspada hingga Rabu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....